Ciri-ciri Frigat Type 26

Kapal Tempur Global direka dengan konsep fleksibiliti dan modular untuk meningkatkan ciri serba bolehnya meliputi julat operasi penuhnya, termasuk keselamatan maritim, menentang pelanunan dan pengganas, serta operasi bantuan bencana dan kemanusiaan. Rekabentuk serba boleh ini akan menyokong sokongan sepanjang hayatnya, dengan memastikan sebarang program peningkatan boleh dilakukan dengan mudah selari dengan pembangunan teknologi.[7]Setakat tahun 2017, tapak sesawang BAE Systems mencadangkan sesaran pada 6,900 tan, kapal sepanjang 149.9 m (492 ka), lunas sepanjang 20.8 m (68 ka) dan halaju tertinggi melebihi 26 knot (48 km/j). Kapal Tempur Global Cakan memiliki anak kapal teras seramai 157 orang dengan jumlah bilik boleh memuatkan sehingga 208 orang.[7]

Kapal Tempur Global telah direka untuk bertahan selama 60 hari dengan jarak sekitar 7,000 batu nautika (13,000 km).[7] Di buritan, terdapat kemudahan yang membolehkan pergerakkan bot-bot boleh kembung berbadan rigid, kenderaan permukaan tanpa pemandu atau sonar jujukan ditunda.[76] Sebuah Runag Misi Integrasi yang besar dan hangar terletak di tengah kapal, yang mana membenarkan pelbagai jenis misi dan peralatan berkaitan disimpan.[7] Pesawat yang bersaiz setara dengan Boeing Chinook boleh diterbangkan daripada dek penerbangannya yang luas, dan hangarnya boleh memuatkan sehingga dua buah helikopter bersaiz AgustaWestland AW159 Wildcat atau AgustaWestland Merlin.[77] Hangar ini juga mempunyai ruang untuk menempatkan pesawat udara tanpa pemandu.

Kapal Tempur Global versi Tentera Laut Diraja juga dirujuk sebagai frigat Type 26. Frigat ini akan dilengkapi dengan radar pencari Type 997 Artisan 3D dan peluru berpandu pertahanan udara Sea Ceptor (CAMM) melalui 48 buah kanister sistem pelancaran menegak (VLS) canisters. Selain itu, tambahan 24 unit sel sistem pelancaran menegak Mark 41 juga dipasang di hadapan bridge. Pada 8 Julai 2021, pengesahan dibuat bahawa peluru berpandu anti kapal buatan Britain-Perancis, FC/ASW akan dipasang pada Type 26,[14] yang mana kemungkinan akan dilancarkan daripada Mark 41 VLS. Mark 41 juga mampu menembak peluru berpandu seperti peluru berpandu serangan darat Tomahawk, roket anti kapal selam atau ESSM berkembar empat.[15][78][10]

Sepertimana frigat Type 23 yang akan digantikannya, Kapal Tempur Global akan memiliki badan kapal yang secara akustiknya senyap untuk peperangan anti kapal selam dan dipasang dengan sebuah sonar haluan generasi baharu, Ultra Electronics Type 2150 dan sebuah sonar jujukan ditunda Sonar 2087 yang berkuasa.[79] Kapal Tempur Global juga akan dipasang dengan meriam-meriam dengan saiz kaliber yang berbeza. Ia tidak akan menggunakan meriam nalut 4.5 inci Mark 8 yang kini digunakan oleh Tentera Laut Diraja, tetapi akan dilengkapi dengan meriam laut 5 inci, 62-kaliber Mark 45 yang memenuhi standard NATO buatan BAE. Meriam-merian kecil termasuk dua buah Phalanx CIWS, dua laras Meriam Kaliber Kecil Automatik 30mm DS30M Mark 2 dan sejumlah minigan dan mesingan kegunaan am.[80]

Sistem pendorongan kapal-kapal Tentera Laut Diraja akan mempunyai sebuah turbin gas dengan pemacu terus dan empat buah penjana diesel halaju tinggi yang memacu dua buah motor elektrik dalam konfigurasi gabungan diesel-elektrik atau gas (CODLOG).[10][81] Pada tahun 2012, Rolls Royce telah mempakejkan semula enjin MT30 yang digunakan pada kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth untuk membolehkan ia dipasang pada kapal-kapal yang bersaiz lebih kecil.[82] MT30 akan dipasang pada frigat Type 26.[83] BAE Systems telah mencadangkan bahawa beberapa pelanggan akan memasang enjin turbin gas manakala pelanggan-pelanggan lain lebih menyukai untuk mengorbankan 2–3 knot penurunan halaju dengan memilih enjin diesel yang lebih murah.[48] Konfigurasi CODLOG untuk pendorongan adalah lebih ringkas berbanding dengan versi pendorongan gabungan diesel-elektrik dan gas (CODLAG) yang digunakan pada frigat Type 23, manakala rekabentuk sezaman dengan Kapal Tempur Global – iaitu kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth dan pembinasa Type 45 menggunakan pendorongan elektrik integrasi (IEP).

Rujukan

WikiPedia: Frigat Type 26 http://www.theaustralian.com.au/national-affairs/d... http://www.navy.gov.au/fleet/ships-boats-craft/fut... http://www.abc.net.au/news/2016-04-18/offshore-pat... http://www.navy-marine.forces.gc.ca/assets/NAVY_In... http://www.aviationweek.com/Article.aspx?id=/artic... http://www.aviationweek.com/aw/jsp_includes/articl... http://www.baesystems.com/Businesses/SurfaceShips/... http://www.baesystems.com/en-aus/article/bae-syste... http://www.baesystems.com/en-ca/article/further-su... http://www.baesystems.com/en-uk/article/550-uk-job...